Perkhidmatan yang ditawarkan

Berikut adalah senarai servis dan harga yang kami sediakan.

* tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan

1 – Register
Kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk proses register. Kami akan membantu daripada segi nasihat dan pengalaman.
Diharap anda dapat membekalkan kami dengan maklumat2 seperti nama penuh, nombor ic, alamat surat menyurat dan juga nombor handphone selewat2nya 3 hari sebelum tarikh lelongan.


Tidak menjadi masalah jika anda tidak jadi untuk membida walaupun selepas membuat pendaftaran. 

Harga : Percuma


2 - Survey
Apabila kami melakukan survey, kami akan memberi satu laporan ringkas tentang tempat tersebut. Laporan tersebut akan memudahkan tuan/puan untuk menilai hartanah tersebut. Kami juga akan memberi segala maklumat yang diperlukan seperti keadaan persekitaran, kadar sewa di tempat tersebut dan peluang di masa depan di kawasan tersebut.
Kami akan cuba memeriksa segala senarai tunggakan bagi hartanah yg hendak dibida seperti tunggakaan penyenggaraan + IWK + Cukai Taksiran dan mana yg terlibat.
*  Kami juga sudi menyediakan perkhidmatan untuk menyemak maklumat tunggakan sahaja bergantung kepada permintaan. Sila call kami dahulu untuk mendapatkan harga perkhidmatan.
Nota: 


1) Permohonan untuk perkhidmatan survey mesti dibuat selewat2nya 3 hari sebelum tarikh lelongan. 
2) Bayaran untuk perkhidmatan survey perlu dibuat terlebih dahulu sebelum sebarang kerja dimulakan.
3) Segala maklumat yang diberikan dalam lapuran survey adalah berasaskan kepada pandangan kami sahaja berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman kami. Pembida dinasihatkan untuk membuat penilaian balas dan mengkaji kesesuaian hartanah tersebut mengikut keperluan pembida sebelum mengambil keputusan untuk membida untuk tersebut. Pembida adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap keputusan yang diambil

Harga : RM 350
4 – Bidding (sessi lelongan)
Kami akan ke sesi lelongan mewakili tuan/puan untuk membida hartanah tersebut.
Kami juga boleh membantu dalam penyediaan bank draft jika perlu. 
Apabila menang sesi lelongan, kami akan mengambil kontrak, hantar salinan kepada peguam, pegawai bank ; email salinan kepada Pembeli (Anda)
Harga : RM 250

5 – Loan dan Legal
Kami akan menguruskan segala urusan rumah lelong berkaitan dengan loan dan lawyer. Pembeli hanya perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan sahaja.
- check commitment kat bank sblm bid berlaku (PENTING!)
- anggaran bayaran lawyer (Selalunya lebih kurang RM4k utk rumah Bwh 100k)
- anggaran bayaran bulanan kpd bank (boleh refer kepada online loan calculator)
- berapa pinjaman maksimum yg boleh di buat
Harga : RM 250
6 – Complete House
Kami akan menyiapkan rumah tersebut sehingga tenant boleh masuk dengan selesa. Tetapi segala kos membaiki akan ditanggung oleh pembeli. Antara contoh baik pulih yang mungkin perlu dipertimbangkan : 
  • Pecah masuk (bukak lock rumah)
  • Kemas / cuci rumah
  • Wiring
  • Plumbing
  • Cat rumah
  • Baikpulih Pintu, tingkat etc
Para pembida disarankan agar memasukkan anggaran kos untuk kerja2 pemulihan di dalam perkiraan sebelum masuk membida.
Harga : RM 350 + kos2 repair dll
7 - Tenant
Kami akan membantu pelanggan untuk mendapatkan penyewa untuk hartanah tersebut. Setelah mendapat penyewa yang sesuai dan tuan rumah bersetuju untuk menerima penyewa tersebut, kami akan menyediakan perjanjian sewa rumah untuk ditandatangani kedua2 pihak. 

Harga : 1 bulan sewa. Diskaun 30 % dari nilai sewa sebulan jika mengambil semua servis di atas. 

Selepas urusan tersebut selesai, segala urusan antara penyewa dan tuan rumah adalah di luar tanggungan kami. Walaubagaimanapun, kami bersedia untuk membantu tuan rumah sekira diperlukan (on call basis). Urusan seperti bayaran sewa atau urusan2 lain adalah terus di antara penyewa dan tuan rumah.